Wednesday, November 18, 2009

Kudamba RedhaMu

salam'alaik..

syukur ke hadrat ALLAH yang tidak putus2 mengurniakan nikmat kepada hamba2Nya..alhamdulillah..

tajuk posting kali ni merupakan matlamat hidupku di atas muka bumi ALLAH yg luas ini..tiada guna amal yang dilakukan jika ianya tidak diredhai ALLAH..ketika sedang asyik menelaah sbg persediaan utk peperiksaan, teman sebilikku memasang sebuah lagu yang menyebabkan hatiku tertarik dengan lagu tersebut..pertama, aku tertarik dgn rentak lagu itu, rancak dan ad rap..kedua, liriknya sangt menyentuh hatiku..mengenai seorang hamba yang sangat mendambakan redha dari penciptanya, ALLAH RABBUL 'ALAMIIN..

semoga aku berjaya mendamba redha ALLAH dlm setiap perkara yang aku lakukan..YA ALLAH, kurniakanlah aku cintaMU yang agung...amiin..


Kudamba RedhaMu
Album : Alternatif Hiburan Bermotivasi
Munsyid : Devotees
Sumber : http://liriknasyid.com


Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan


berani menulis

muHasaBah diRi seBagAi PejUanG

Tarbiyyah bukan untuk orang yang manja.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Da'wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan da'wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri, dan sebaliknya..

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila diadalam kesusahan..Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara `penting' yang lain..

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta'dil harakh ini dan itu.

Da'wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Da'wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah..

Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Da'wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Da'wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

"Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.." ~mustafa masyhur

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da'wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da'wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Da'wah tak memerlukan anda..
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda..
Berbahagialah seadanya..

kerana..

" Allah bisa beri kemenangan kepada Islam semudah Allah turunkan hujan daripada langit..." ~Syed Qutb~


~wallahua'alam. ..

berani menulis

Wednesday, November 11, 2009

Tulisan Pertama

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..



SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI...

SYUKUR KE HADRAT ILAHI YANG MEMBERIKAN NIKMATNYA KEPADA SEMUA HAMBA-HAMBANYA..

MAHA PEMURAH NYA ALLAH YANG MENGURNIAKAN NIKMAT KEPADA SEMUA HAMBANYA SAMA ADA ISLAM ATAU KAFIR..

MAHA PENGASIH NYA ALLAH YANG MENGURNIAKAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM PADA HAMBA YANG DIKEHENDAKI...



SUBHANALLAH..

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DLM KALANGAN ORANG YANG SENTIASA MENSYUKURI NIKMAT YANG DIKURNIAKAN OLEH NYA..



ALHAMDULILLAH...



FIRST POST..



DAH LAMA FIKIR NAK BUAT BLOG..

HANYA KERANA ALLAH RABBUL ‘ALAMIN..

JUGA UTK BERKONGSI ILMU YG CETEK INI SELAIN MENGASAH BAKAT DALAM PENULISAN..



MENGHADIRI BENGKEL PENULISAN ANJURAN DEWAN MUSLIMAT PAS SERDANG..

PECERAMAH : UMMI HANI ABU HASSAN

NAMA PENA : UMMU HANI



ALHAMDULILLAH..

SERONOK DPT MENGHADIRI BENGKEL INI..

KAK UMMU X LOKEK BERKONGSI PENGALAMANNYA DALAM BIDANG PENULISAN KREATIF DAN PENULISAN KEWARTAWANAN..



PENULISAN KREATIF

PENULISAN BERBENTUK NOVEL, CERPEN, BIOGRAFI DAN SEBAGAINYA...



PENULISAN KEWARTAWANAN

ISU2 YANG DITULIS DI DALAM MAJALAH ATAU SURAT KHABAR..

MEMERLUKAN KOMITMEN YANG TINGGI..PERLU KE LOKASI, MENGAMBIL GAMBAR2, MENEMUBUAL INSAN2 YANG BERKAITAN DAN LAIN2 LAGI..

MENURUT KAK UMMU, KLU NK JADI WARTAWAN ‘PART TIME’ MASA CUTI SEM PON BOLEH..



BENGKEL INI MENINGGALKAN SEMANGAT UTK MENULIS DALAM DIRI INI..MENGGUNAKAN MEDIUM PENULISAN UTK PENYEBARAN DAKWAH KERANA ZAMAN INI MERUPAKAN ZAMAN MEMBACA..SEMOGA SEMANGAT INI TIDAK SEPERTI ‘HANGAT2 TAHI AYAM’..WALAUPUN PADA ASALNYA KETAKUTAN MENYELUBUNGI DIRI INI DEK KERANA RISAUKAN KEKURANGAN DALAM PENULISAN SENDIRI, TETAPI PRACTICE MAKE PERFECT..KLU X CUBA, MCM MANA NK LIHAT PENINGKATAN DALAM PENULISAN SENDIRI..BIAR PADA AWALNYA X SEMPURNA, SMOGA SEMAKIN LAMA AD PENINGKATAN..INSYAALLAH..



~WALLAHUA’LAM~



berani menulis