Tuesday, December 1, 2009

UKHUWAH BUKAN HANYA DI BIBIR..(^_^)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

syukur ke hadrat ALLAH yg tidak putus-putus mengurniakan nikmat kepada semua hamba-hambaNya di muka bumi ini..semoga aku dan kita semua terus menjadi hamba yang bersyukur..

salah satu nikmat yang paling besar daripada ALLAH buat diriku adalah sahabat2 seperjuangan yg sentiasa mendoakanku, sentiasa mengasihiku, sentiasa mengambil berat akan diriku, sentiasa menegur salah silapku, sentiasa mengingatkanku kepada ALLAH..

sungguh, ukhuwah inilah yang menjadi idamanku sejak dulu lagi..sahabat2 yg bersama-sama memperjuangkan agama ALLAH, bersama2 kongsi suka dan duka..alhamdulillah, ALLAH mengabulkan impianku..YA ALLAH, bantulah aku memelihara kemanisan ukhuwah ini..



kehidupanku di matrik sangat indah..di sinilah aku diperkenalkan dengan ukhuwah islam..bersahabat kerana ALLAH..kami selalu gelak tawa bersama-sama, menyeka air mata bersama2, belajar bersama-sama dan yang paling penting, makan bersama-sama..ya..hampir setiap minggu kami berkumpul utk menjamu selera..muslimat memang kuat makan..hehe..

alhamdulillah..

aku sangat merindui saat aku bersama-sama sahabat seperjuangan matrik..paling tidak dapat dilupakan, apabila kami semua bertungkus lumus dalam program mega kolej, college islamic festival..sangat banyak yang aku pelajari..belajar utk mengambil berat akan sahabatku, tolong mereka yang sibuk kerana taklifan kami adalah berbeza-beza, belajar menghargai masa, belajar utk berkomunikasi dengan baik, belajar utk bekerja secara efisien dan yg paling penting, aku belajar utk benar2 berharap pada ALLAH agar ap yg kami rancang mencapai objektif yg sepatutnya..

terima kasih YA ALLAH...




namun, objektif utama yg ingin ak sampaikan pada post kali ini adalah mengenai keikhlasan dalam berukhwah..siang tadi, ak terbaca sesuatu mengenai ukhuwah di blog senior kmm..ianya memberi kesan yg mendalam..membuat aku muhasabah kembali..adakah aku benar-benar berukhwah kerana ALLAH..adkh perilaku ku setiap hari menggambarkan keikhlasanku dalam bersahabat dengan sahabat2ku yg dicintai ini..

berikut merupakan tulisan di dalam blog tersebut..dan ianya khas ku tujukan buat sahabat2 save_eleven..

jika berukhwah kerana ALLAH pastinya hati tidak marah bila di tegur kesalahannya sebaliknya menerima dengan hati yang terbuka
jika berukhwah kerana ALLAH pasti sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabatnya biarpun sahabat jauh dari kita
jika berukhwah kerana ALLAH pasti akan menasihati sahabat yang dalam kealpaan kerana rasa kasih kepadanya disandar kepada ALLAH agar rasa kasih itu dapat menjadi syafaat tika MIZAN menimbang amalan kita dan moga kerana kasih ini kita dan sahabat dapat bertemu di syurga ALLAH...
bukankah di akhirat nanti kita akan dihidupkan bersama orang yang kita kasihi?
jadi sejauh manakah kasih kita kerana ALLAH....
jika kita berukhwah kerana ALLAH pasti tidak merasa berat untuk membantu sahabat yang dalam kesusah
jika berukhwah kerana ALLAH pasti akan sentisa berlapang dada kepada sahabatnya
jika berukhwah kerana ALLAH pasti dia tidak mahu melihat sahabatnya terus melakukan kesalahan serta kemungkaran

tapi tak semua dari kita berukwah kerana ALLAH
kerana bila ditegur kita pasti cepat melenting
bila melihat sahabat melakukan kesalahan kita lebih gemar berdiam diri atau bercakap belakang
bila melihat sahabat dalam kealpaan mengingati ALLAH kita lebih gemar mencari lebih banyak kesilapan sahabat serta lebih gemar memperkatakan kealpaan sahabat berbanding membantunya untuk keluar dari kealpaan
bila sahabat jauh dari kita, kita lupa mendoakan kebaikkan untuk sahabat...

apakah nilai ukhwah kita?
SEKADAR DI BIBIR atau ukhwah kita memang tidak pernah settle?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

acap kali aku terasa apabila sahabat menegurku..alhamdulillah, aku masih boleh menerima teguran namun jauh di sudut hati mungkin aku sedikit terasa..egoku sgt tinggi..

acap kali juga aku tidak menegur sahabatku di kala dia melakukan kesilapan?sebab ap?takut dy terasa..salah..memang salah..sepatutnya aku menegur dy dulu daripada mendengar dy diperkatakan oleh orang lain..

astaghfirullahal'aziim..

buat sahabat2ku, maafkan diriku ini kerana tidak menjadi sahabat yang baik, sahabat yang sejati...namun, aku akan sentiasa berusaha utk merubah diri ini menjadi sahabat yang ikhlas agar matlamat akhir kita bersama dapat dicapai, iaitu untuk menggapai mardhatillah..

semoga semua sahabat2ku dapat menjalani hidup yg penuh dugaan dan cabarah di jalan gerakan dengan baik dan sabar..ingatlah, ALLAH sentiasa bersama-sama kita..sentiasalah berharap padaNYA..

akhir kalam, daku merindui saat2 kita bersama..moga ALLAH meredhai semua sahabat2ku..

dari kiri(berdiri):sajidah,husna,illyza,fadhilah,aisyah..dari kiri(duduk):kak zu,liyana,zulkarnaini,faezah,kak maziah..tiada dalam gambar:fatimah,fatin,farhana(maaf ye..)


berani menulis

3 comments:

  1. assalamualaikum..
    salam ziarah..
    nice posting ya ukhti..i like it=)
    kata2 keramat yg sntiasa terpahat kat hati ni dan xkan pudar smpai bila2..
    "ukhwah bkn hny dibibir..."
    sgt bermakna & mnyentuh qalbu..
    tahniah & keep it up ya ukhti!!!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah illyza,

    iskh3...sedihnye baca post nie!!..
    iskh3..rindu kwn2 matrx..
    even kat sne kejap je, tp ley faham makne post nie..

    =((

    serious cm nk nangis la..

    ku merindui kalian2 jugak!!


    btw, salam ziarah illyza,
    ni fieqa (dlu jpp kat mtrx melaka dulu)
    ingat x??

    hehehe..:))

    mintak izin link yerp!...truskan b'blogging..
    jmpe blog nie kat blog hamzah..

    salam ukhuwah islamiyyah..=)

    ReplyDelete
  3. fieqa...

    engt sangt..
    aritu illyza ad mesej..
    tapi x berbalas la plak..
    xpe..x prasan kot..

    bleh je link..
    thanks a lot..

    baru nk berkecimpung dlm blog ni..
    smoga ALLAH beri kekuatan utk terus istiqamah..

    salam mujahadah...(",)

    ReplyDelete