Sunday, February 14, 2010

'Kebolehpasaran Graduan' akan diperkenal


TEMERLOH 13 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan program 'Kebolehpasaran Graduan' untuk melahirkan siswazah yang mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan tambahan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, program tersebut bertujuan memberi nilai tambah kepada graduan sebelum mereka memasuki pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian.

"Nilai tambah keupayaan graduan itu berpandukan kepada enam kerangka utama iaitu ijazah pelbagai bidang, tamat pengajian, program perantisan, program jurang penawaran, latihan keusahawanan dan mobiliti penuntut," katanya.

Saifuddin berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung Perstuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (SBPIT) dekat sini hari ini.

sumber : Mingguan Malaysia

syabas buat Datuk Saifuddin..saya amat menyokong cadangan ini...masa kini, siswazah memerlukan 'multiskill' memandangkan pasaran kerja yang terhad..

berani menulis

No comments:

Post a Comment