allahumma baariklana fi rajab wa sha'aban wa ballighna ramadhan..
bismillah wal hamdulillah..
syukur, ALLAH masih memberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini..
moga dengan peluang ini, aku dapat meningkatkan amal ibadat ku kepada-NYA..
sem 3 dah berlalu..alhamdulillah..
moga keputusanku di sem 3 ini dapat mencantikkan pointer sem 2 yg x berapa cantik tu..
sem 3 ini banyak memberi pengalaman dan pengajaran kepadaku..
bagaimana hendak istiqamah mempertahankan prinsip diri,
belajar cara-cara pengurusan,
membina hubungan baik dengan manusia,
belajar untuk hidup di sekeliling manusia yang gaya hidup mereka tidak sama sepertiku,
belajar mengenal erti dunia sebenar,
dan banyak lagi..
yang paling indah,
terasa diri ini dikasihi dan disayangi yang Maha Esa
tatkala diri ini diuji..subhanallah..
nikmat yang tidak terhingga..
yang pasti, setiap hari memberi pengajaran baru kepadaku..
alhamdulillah..
namun, di sebalik kesibukan yang dicari dan dilalui semasa sem 3,
aku sangat rindukan usrah...sungguh, semasa sem 3, usrah kecil yang selalu dijalankan semasa sem 1 dan 2 langsung tidak dapat dirasai...
manakan tidak, naqibahku dan sahabat2 seusrahku semuanya pulang ke kampung..
rindunya diri ini pada mereka semua, yang sentiasa mengingati diri ini tatkala terleka..
YA ALLAH, kau peliharalah hubungan kami ini..ameen..
namun, alhamdulillah, masih ada lagi usrah2 umum yang boleh aku sertai..
ilmu itu tidak terhad pada satu2 tempat sahaja..
terima kasih kepada sahabat2 di fakulti..
terima kasih kepada teman2 serumah..
terima kasih ya ALLAH kerana masih memberi keinginan kepada diri ini untuk menuntut ilmu..
teringat pada pesan seorang naqib,
murabbi itu bukan bermakna perlu seorang guru yang khusus..
tetapi sekeliling kita adalah murabbi..
seandainya seekor burung telah memberikan pengajaran kepada kita,
maka burung itu merupakan murabbi..
andai kita mendapat pengajaran daripada perbuatan kucing,
maka kucing itu merupakan murabbi..
pengajaran itu ada di sekeliling kita,
cuma penghayatan kita yang menyebabkan kita sedar atau tidak akan tauladan itu..
sem 1 bakal bermula..
kini aku akan menjejaki tahun dua..
namun, diri ini seperti belum bersedia..
terbayang di benak fikiran akan kesibukan dan taklifan yang akan ditempuhi semasa sem 1 nanti..
namun, di sebalik kesibukanku,
aku amat berharap dapat komited menghadiri usrah..
moga usrah akan dijalankan setiap minggu pada sem depan..
ya ALLAH, jadikanlah usrah ini sebagai nadi perjuanganku,
menjadikan aku kuat dan istiqamah di jalan yang susah dan payah ini..
ameen..
~masih belajar untuk menulis dengan baik..=)~
berani menulis
berusrah bersama keluarga..
13 years ago
No comments:
Post a Comment