Sunday, February 14, 2010

'Kebolehpasaran Graduan' akan diperkenal


TEMERLOH 13 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan program 'Kebolehpasaran Graduan' untuk melahirkan siswazah yang mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan tambahan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, program tersebut bertujuan memberi nilai tambah kepada graduan sebelum mereka memasuki pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian.

"Nilai tambah keupayaan graduan itu berpandukan kepada enam kerangka utama iaitu ijazah pelbagai bidang, tamat pengajian, program perantisan, program jurang penawaran, latihan keusahawanan dan mobiliti penuntut," katanya.

Saifuddin berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung Perstuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (SBPIT) dekat sini hari ini.

sumber : Mingguan Malaysia

syabas buat Datuk Saifuddin..saya amat menyokong cadangan ini...masa kini, siswazah memerlukan 'multiskill' memandangkan pasaran kerja yang terhad..

berani menulis

Wednesday, February 3, 2010

Sungai Dlm Laut...SUBHANALLAH..

Entri kali ni saya copy drp email yg diterima..
SUBHANALLAH...sgt menakjubkan..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV
`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim..Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


http://img163.imageshack.us/img163/358/alam3.jpg
http://img683.imageshack.us/img683/953/alam4..jpg
http://img704.imageshack.us/img704/9840/alam5.jpg

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

sgt mengagumkan..smoga dgn penemuan ini bukan sahaja dpt mengislam org bukan islam, tetapi dpt juga meningkatkan iman org islam..INSYAALLAH..

Wednesday, January 6, 2010

TIDUR vs FOKUS

Assalamualaikum w.b.t..

sungguh bersawang blog ni..
dah lama bebeno x update..
bukan xd bende yg nk diupdate..
cume malas menguasai diri..
i really need and have to change..

baru habis klas tadi..
kelas kelakuan organisasi..
mase dalam kelas, lecturer ad bagi satu pendapat..

which one is better?
1) student yang selalu datang kelas
or
2) student yang datang tapi tidur or bercakap, datang hanya untuk sign attendance



what do you think?

kadang2 saya pon terfikir gak bende ni coz kat fakulti ekonomi dan perniagaan ni banyak subjek teori, subjek membaca..
kuliah 3 jam, just dengar lecture..
klu ikut nafsu, memang setiap masa nak ponteng kelas..
alhamdulillah, masih boleh mengawal nafsu diri ini..

back to the main point..

lecturer bagi pendapat utk kedua-dua situasi di atas..

situasi 2..

as an adult, kita boleh buat keputusan sendiri..sama ada nak datang ke kelas atau tidak..
kalau datang tapi x dengar kuliah or datang tapi sebab nak berborak dengan kawan, what for?
tak datang pon takpe..

if the student is a self learner, n memang x suke dengar kuliah, still boleh skor dalam peperiksaan..lagipon, soalan memang keluar 100% daripada apa yang tertulis di dalam buku yang tebal dan berat ni..

walaupun pada dasarnya kita memang memerlukan guru untuk membimbing tapi kalau untuk subjek yang memang teori mcm ni, takde masalah..(untuk ilmu agama, amat penting untuk belajar daripada guru)

situasi 1..

ini menunjukkan bahawa student tersebut memang betul2 nak belajar dan menimba ilmu..

kelebihan di sini : dia akan dapat extra daripada student yang belajar sendiri..
extra dari segi ap? cerita2 n pengalaman2 yang disampaikan oleh pensyarah...

-------------------------------------------------------------------

Pendapat saya

seperti yang dinyatakan di atas, memang kadang2 saya sendiri rasa nak ponteng kelas sebab just dengar kuliah selama 3 jam (walaupun biasanya x sampai 3 jam pon)..

tapi, kita akan dapat kumpul pengalaman daripada hidup pensyarah..dia hidup dulu daripada kita..n daripada situ, kita dapat belajar nilai2 murni n secara tak langsung membantu kita membuat keputusan dalam hidup..

selain itu, klu kita setakat baca sendiri, and tak nak g kelas, kelemahan lain adalah kita tidak bersosial n menyebabkan kesukaran apabila bekerja nanti, soft skill untuk berkomunikasi dengan orang lain..

yang paling penting..
takut2 kalau lecturer tu TIDAK REDHA dengan ketidakhadiran kita..how are we going to get A in examination? bila keberkatan tiada..

sentiasalah ikhlas dalam beramal..sebagai pelajar, niat belajar kerana ALLAH, kerana ilmu supaya ia boleh beri manfaat kepada islam dan bukan belajar kerana peperiksaan..

just a reminder for me, myself and readers..

p/s : Alhamdulillah, semalam mak cik saya dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di hospital serdang..semoga bayi tersebut bakal menjadi mujahid penegak agama ALLAH di masa hadapan..insyaALLAH..

berani menulis